Aziz Sattar Meninggal Dunia

Isukepri.com – Kajang, Pelakon veteran film “Seniman Bujang Lapok”, Datuk Abdul Aziz Sattar meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, kira kira jam 2 pagi waktu Malaysia.

Anak perempuannya, Sandakiah berketerangan, Aziz menghembuskan nafas terakhirnya di usianya 89 tahun. Dua orang anak, menantu dan seorang cucunya lah yang mendapati teman dekat P Ramlee ini sudah meninggal.

“Ayah dimasukkan ke hospital sejak semalam selepas diserang penyakit jantung,” terang Sandakiah.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital,” katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. (net)

suprapto

Read Previous

OKP Minta PT WWE Pekerjakan Orang Tempatan

Read Next

Sebelum UN, Khazalik Berikan Motivasi Siswa SMP 6 Bintan